web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Ditahan Jual Sijil Cuti Sakit Palsu Di Kajang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 12:19PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Polis menahan enam individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu di Kajang, Selangor pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan di Bukit Jalil, di sini dan Kajang.

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai mereka menjalankan kegiatan berkenaan sejak tahun lalu dan sijil sakit palsu itu dijual pada harga RM30 hingga RM50 sekeping di sekitar Kajang.

"Polis turut merampas 171 sijil cuti sakit kerajaan dan 70 sijil cuti sakit swasta, selain 19 resit rasmi klinik, sebuah komputer riba, lapan telefon bimbit, enam buku sijil cuti sakit dan lima pemacu pena," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kesemua individu itu direman sejak Sabtu lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu menggunakan dokumen palsu.

"Polis menasihatkan orang ramai terutama majikan supaya membuat semakan dan menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4242 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad