web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Sokong Resolusi UNGA Tuntut Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 12:12PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Bertajuk 'Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations', resolusi itu diterima pakai semasa Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 lagi berkecuali.

Sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.

“Ini menjadi lebih mendesak memandangkan tragedi kemanusiaan yang mengerikan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang tidak henti-henti,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu.

ESS ke-10 disambung semula atas permintaan bersama oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat memveto resolusi yang menuntut gencatan senjata segera untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza.

Malaysia bersama Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Namibia, Afrika Selatan, Thailand, Timor-Leste dan Turkiye menyokong permintaan bersama itu.

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan adalah jelas bahawa Majlis Keselamatan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan penerimaan resolusi itu mengesahkan semula peranan penting Perhimpunan Agung dalam perkara yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

"Majlis Keselamatan seharusnya memberi keutamaan kepada tuntutan majoriti berbanding kehendak segelintir pihak yang mementingkan diri,” menurut kenyataan itu.

Resolusi itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap situasi malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera serta menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, selain memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan.

Selain itu, resolusi berkenaan turut menggesa semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya berkaitan perlindungan orang awam. 

Wisma Putra berkata, Malaysia menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian yang berkekalan terhadap malapetaka yang menghancurkan itu ialah dengan memberikan rakyat Palestin negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad