web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Menteri, 5 Timbalan Menteri Baharu Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 12:49PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pada sidang media di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Manakala, Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada masing-masing Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi.

Rombakan itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala Timbalan Menteri meningkat daripada 27 kepada 29, sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.

Menteri baharu yang dilantik adalah Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II) yang dilantik senator.

Sementara itu, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan dilantik Menteri Sumber Manusia.

Timbalan Menteri baharu pula adalah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), M. Kulasegaran (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Ramanan Ramakrishnan (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Wong Kah Woh (Pendidikan) dan Dr Zulkifli Hasan (Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama) yang juga dilantik senator.

Rombakan itu turut menyaksikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, selain dua timbalan menteri Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri - Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi) digugurkan. 

Sementara itu, rombakan turut menyaksikan pertukaran portfolio menteri-menteri dan timbalan menteri sedia ada termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sebelum ini menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi dan kini beralih ke Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, selain turut bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Menteri Pertahanan, Datuk Mohamad Hasan pula kini sebagai Menteri Luar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Pertahanan; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Turut bertukar portfolio, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Pendidikan Tinggi dan Datuk Armizan Mohd Ali daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) kini sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan pula kini dikhususkan sebagai Menteri Komunikasi, sementara Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa kini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Selain itu, timbalan menteri yang berubah portfolio melibatkan Lim Hui Ying (daripada Kementerian Pendidikan ke Kementerian Kewangan), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ke Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam) dan Datuk Arthur Joseph Kurup (daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Kemeterian Pertanian dan Keterjaminan Makanan).

Selain itu, Datuk Aiman Athirah Sabu (daripada Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Kementerian Kewangan ke Kementerian Kerja Raya) dan Datuk Mohammad Yusof Apdal (daripada Kementerian Pendidikan Tinggi ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).

Turut beralih protfolio, Datuk Mustapha Sakmud (daripada Kementerian Sumber Manusia ke Kementerian Pendidikan Tinggi), K. Saraswathy (daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Perpaduan) dan Datuk Chan Foong Hin (daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Kementerian Perladangan dan Komoditi).

Pertukaran portfolio juga melibatkan Datuk Ugak Kumbong (daripada Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas ke Kementerian Digital) dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (daripada Kementerian Kerja Raya ke Kementerian Sumber Manusia). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet: 2 Menteri Gugur, Hannah Yeoh Dan Steven Sim Tukar Portfolio

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

3

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

5

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad