web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep Perumahan Inklusif Madani Jadi Teras Pembangunan Kediaman Mampu Milik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:10AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara Tahun 2023 di Putrajaya, semalam. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia bermula dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan rumah untuk pelbagai golongan sasar di ibu kota yang akan turut dilaksanakan bersama agensi lain kerajaan.

“Dalam hal ini, kerajaan komited menjayakan agenda perumahan bagi membolehkan rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan pendapatan mendiami perumahan yang selesa dan harmoni bagi mendukung pembentukan masyarakat MADANI melalui komuniti berkualiti serta kohesif,” katanya di laman Facebook, semalam.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara Tahun 2023 bagi membincangkan isu perumahan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pemain industri yang menyentuh isu nasib rakyat seperti pembinaan dan baik pulih kediaman.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju dengan sasaran penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-12, selain menekankan kepentingan supaya pencapaian tersebut dapat terus membawa manfaat kepada rakyat.

“Sekali lagi, saya telah memberi penekanan kepada usaha mempercepat tempoh kelulusan pembangunan supaya dapat memangkinkan pelaburan dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan di Malaysia. Ini akan menarik dan memudah cara pemaju untuk menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco Perumahan Negeri, Menteri Kabinet serta wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun selain pihak pemaju perumahan swasta. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad