web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Zayn Rayyan Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 10:47PM

Pengebumian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, malam ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Jenazah kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini malam ini.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapat kanak-kanak itu.

Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton Abd Aziz, 54, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila melihat jenazah kanak-kanak berusia enam tahun itu dikebumikan.

"Ketika ibunya ambil Zayn Rayyan dari sekolah, mereka selalunya akan singgah bermain buaian selama 10 minit berdekatan rumahnya.

"Pada hari kejadian, dia macam nak main lebih lama tapi pada masa yang sama, maknya mengejar masa sebab nak kembali ke pejabat," katanya kepada Bernama.

Selepas Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di dalam anak sungai berhampiran kawasan rumahnya pada kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak itu dan keterangan ibu bapa mangsa akan diambil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Beliau berkata hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kecederaan di leher serta badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad