web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MIMOS Buka Kaunter Penerangan Tangkis Dakwaan Negatif Terhadap MyDigital ID

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 8:01PM

gambar FB MIMOS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - MIMOS Bhd, agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID sudah diminta membuka kaunter penerangan pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bagi menangkis dakwaan negatif terhadap sistem pengenalan dan pengesahan diri digital itu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau meminta MIMOS membuka kaunter MyDigital ID kerana sebelum ini begitu ramai orang yang percaya pada teori konspirasi yang kononnya kena tanam cip dalam badan dan rakam cap jari serta iris pengguna.

Beliau berkata, MyDigital ID memudahkan rakyat berurusan dengan sektor awam dan swasta tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan memandangkan sistem itu membolehkan kemudahan single sign on (SSO).

"Pelaksanaan MyDigital ID membolehkan rakyat berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan ataupun swasta termasuk bank memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pengesahan identiti," katanya.

Mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari Jumaat hingga Ahad ini, Fahmi berkata, program itu bukan untuk bermegah.

"Tetapi ia peluang untuk mendampingi rakyat dan membantu rakyat memahami beberapa perkara yang ditambah baik supaya mereka faham usaha kerajaan mengusahakan perubahan yang mendatangkan kebaikan kepada negara," katanya.

Objektif penganjuran program itu untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MyDigital ID Tidak Simpan Data Biometrik, Tidak Guna Cip Atau Implan - MIMOS

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Menakjubkan! Inilah Motosikal RE-EV Pertama Malaysia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad