web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyDigital ID Tidak Simpan Data Biometrik, Tidak Guna Cip Atau Implan - MIMOS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:13PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata atau pengecaman muka dan tidak menggunakan sebarang cip atau implan, menurut MIMOS Berhad.

MIMOS Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan MyDigital ID juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi atau aktiviti pengguna dalam talian, selain tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan ia juga tidak membolehkan pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital.

“Ia (MyDigital ID) juga tidak berfungsi sebagai pengganti MyKad untuk bukti pengenalan, dan penggunaan sistem ini pada portal kerajaan juga dapat menjamin transaksi yang selamat melalui sistem berasaskan kriptografi yang terjamin keselamatannya," menurut MIMOS dalam kenyataan hari ini. 

Tambah kenyataan itu, keselamatan MyDigital ID turut diperakui Pensijilan Kriteria Umum yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada EAL3+. 

Selain itu, aplikasi MyDigital ID pada telefon pintar mengandungi identiti digital rakyat yang terikat secara kriptografi iaitu teknologi yang sangat selamat kepada nama dan nombor kad pengenalan.

Menurut kenyataan itu, MyDigital ID adalah tunjang komitmen kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan digital yang mudah diakses dan selamat untuk semua rakyat.

“MyDigital ID itu juga menandakan satu langkah penting ke arah persekitaran digital yang lebih mesra pengguna dan selamat, sejajar dengan visi kerajaan untuk memanfaatkan teknologi demi memperkasakan rakyat,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu memberitahu MyDigital ID juga berfungsi sebagai kaedah pengesahan dalam talian, memberikan rakyat akses yang lancar kepada pelbagai platform digital kerajaan.

“Dengan penyepaduan proses pengesahan dalam talian, individu boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan tanpa menghadapi kerumitan log masuk berbilang dan memudahkan interaksi digital dengan agensi-agensi kerajaan,” menurut kenyataan itu. 

Pendaftaran bagi MyDigital ID akan dibuka kepada semua petugas kerajaan bermula Mac 2024 dan semua maklumat mengenai pendaftaran serta kios pendaftaran akan disenaraikan melalui laman web MyDigital ID kelak. 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pengguna boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigital-id/.  - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MIMOS Buka Kaunter Penerangan Tangkis Dakwaan Negatif Terhadap MyDigital ID

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Menakjubkan! Inilah Motosikal RE-EV Pertama Malaysia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad