web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menakjubkan! Inilah Motosikal RE-EV Pertama Malaysia

MIMOS Berhad telah membangunkan motosikal Range Extended Electric Vehicle (RE-EV) yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jul 2022 8:00PM

Pembangunan motosikal RE-EV ini diharapkan dapat menjadi pendorong utama industri kenderaan dua roda bukan sahaja di pasaran domestik, malah pasaran serantau - Gambar Facebook MIMOS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIMOS Berhad telah membangunkan motosikal Range Extended Electric Vehicle (RE-EV) yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added and Complex Product Development Programme (HVA), inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor pembuatan dalam membangunkan produk bernilai tambah tinggi serta kompleks. 

Projek RE-EV yang mengambil masa selama dua tahun itu disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan.

"Jika dibandingkan dengan EV hibrid di mana kedua-dua ICE dan motor elektrik dijadikan sistem drivetrain, RE-EV pula ialah sebuah sistem yang lebih ringkas, di mana ia tidak memerlukan rantai pemacu untuk memutar roda.

"Ini akan mengurangkan kerisauan penunggang ketika memandu jarak jauh kerana genset akan diaktifkan apabila tenaga bateri sedia ada menurun di bawah ambang tertentu," menurut kenyataan itu.

Projek RE-EV yang mengambil masa selama dua tahun ini disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan - Gambar Facebook MIMOS
Projek RE-EV yang mengambil masa selama dua tahun ini disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan - Gambar Facebook MIMOS

Motosikal RE-EV yang disempurnakan bulan lepas itu dibangunkan dengan penggunaan bateri boleh ditanggalkan yang juga boleh disokong dengan pertukaran bateri.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Dr Iskandar Samad berkata geran kerajaan seperti HVA terbukti mampu membantu industri dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengkomersialan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi, terutamanya untuk perusahaan Malaysia dengan menawarkan banyak peluang ekonomi.

“Pembangunan motosikal RE-EV ini diharapkan dapat menjadi pendorong utama industri kenderaan dua roda bukan sahaja di pasaran domestik, malah pasaran serantau.” katanya.

Selain motosikal RE-EV, MIMOS juga telah menyempurnakan dua lagi projek di bawah geran HVA iaitu Application Specific Integrated Circuit (ASIC) dengan kerjasama Oppstar Technology Sdn Bhd dan Asset Optimisation Leveraging on IIOT Technologies for O&G Industry dengan kerjasama Neu Zenith Sdn Bhd yang berjaya disiapkan pada April 2021.

ASIC ialah sebuah projek mereka bentuk harta intelek (IP) dengan klasifikasi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pemain industri semikonduktor dengan menyediakan IP ASIC yang boleh disepadukan ke dalam set cip AI semikonduktor mereka dan menyediakan klasifikasi AI pada cip data raya.

Projek IIOT Technologies for O&G Industry pula, MIMOS membangunkan Sistem Pemerolehan Data berasaskan IOT Tanpa Wayar untuk Persekitaran Kasar (iDASH) untuk mengukur pelbagai parameter seperti getaran, akustik dan suhu dalam persekitaran yang kasar seperti minyak dan gas.

Menurut kenyataan itu, MIMOS komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pemain industri dalam menjayakan projek bagi memacu industri dan perniagaan Malaysia ke arah automasi dan pendigitalan bagi membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selain memperkasakan industri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi