web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Ditikam 27 Kali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 8:34AM

Mangsa ditikam bertubi-tubi oleh seorang daripada dua lelaki bermotosikal - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan senjata pisau dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V.Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.18 petang daripada penduduk di apartment itu yang memaklumkan seorang lelaki cedera parah ditikam.

"Polis terus ke lokasi kejadian sebelum mangsa yang berusia 60-an itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Hasil pemeriksaan terdapat 27 kesan tikaman pada seluruh badan dan dipercayai ditikam dengan menggunakan pisau,” katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai melibatkan dua lelaki bermotosikal yang memasuki kawasan parkir apartment tersebut sebelum seorang daripada suspek itu bertindak menyerang mangsa dengan menikamnya bertubi-tubi

Menurutnya semasa kejadian rakan suspek yang menunggang motosikal hanya berada di motosikalnya, dipercayai bersiap sedia untuk melarikan diri jika terdapat polis datang ketika rakannya menyerang mangsa. 

Saravanan berkata polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian dan pondok pengawal, dan usaha mengesan dua suspek tersebut giat dijalankan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan namun kita percaya ia bukan samun kerana barangan berharga termasuk duit milik mangsa yang merupakan peniaga kedai nasi ekonomi di pasar Jalan Perak, masih berada bersamanya," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad