web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Cintaku Ke Ethiopia Tak Sesuai, Banyakkk Lagi Lagu Lain’ - Dr Syahr Musafir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial melahirkan rasa kesal dengan tindakan guru-guru di sebuah sekolah rendah, yang memilih lagu berunsur cinta sebagai persembahan pelajar.

Berkongsi kekecewaan itu di Facebook, Dr Syahr Musafir berkata, pemilihan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia itu tidak memberi sebarang faedah kepada pelajar yang masih di bawah umur.

Menurut beliau, mereka seharusnya dididik agar tidak memikirkan aspek cinta ketika masih di bangku sekolah.

“Saya tahu akan ada orang yang tak setuju, saya dah bersedia dah. Saya kena tulis ni sebab saya yakin saya bukan tulis benda salah atau mengarut, jadi saya takkan perlu kisahkan orang yang tak setuju. Sebaliknya orang yang tak setuju kena fahamkan saya ni tulis benda betul walaupun tak dipersetujui. 

“Macam ni, di sekolah, anak-anak perlu dididik jauuuuuuuh daripada topik cinta. Jauuuuuuh ni maksudnya kalau tak ada langsung topik cinta ni lebih bagus. Lirik lagu Cintaku Sampai ke Ethiopia ni pasal boyfriend-girlfriend tak ada faedah apa-apa pun untuk para pelajar sekolah,” katanya.

Jelas Pensyarah Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) cawangan Kubang Kerian, Kelantan itu, kumpulan koir terbabit menyanyikan lagu berkenaan mengikut lirik asal yang tidak diubah sama sekali.

“Saya dengar video ni, para pelajar diajar nyanyi lirik asal langsung tak diubah. Tak bagus langsung, walaupun melodi lagu ini catchy tetapi bukan tiket untuk halalkan lagu ni dinyanyikan apatah lagi oleh para murid sekolah rendah. 

“Sekolah rendah ni, paling tua pun pelajar umur 12 tahun yang belajar darjah 6. Buat-apanya ajar nyanyi lagu cinta? Aduhhhhhhh,” katanya, kesal.

Tegas Syahr, masih banyak lagu mengandungi elemen positif boleh dipilih untuk dipersembahkan, termasuk yang dinyanyikan artis terkenal tanah air.

“Banyaaaaaaaaak lagi lagu-lagu lain yang lebih layak dikumandangkan. Lagu Fikirkan Boleh ke, Standing In The Eyes of The World ke, lebih bermakna dan bersesuaian. Definitely not this Cintaku Sampai ke Ethiopia song, walaupun tujuannya untuk hiburan. 

“Ironinya masyarakat Like dan tak bantah video nyanyian lagu macam ni di sekolah tetapi pada masa sama protes Dolla, Coldplay, Billie Eilish bla bla bla sedangkan masa kecil ajar macam ni, dah besar nak protes pulak. Dah terlambat,” tegurnya.

Dr Syahr Musafir - gambar Facebook
Dr Syahr Musafir - gambar Facebook

Syahr yang pernah menjadi bualan apabila meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) Patalogi Ortopedik di usia 27 tahun berpandangan, sekolah perlu memainkan peranan sebagai institusi untuk mendidik anak-anak agar berhibur dengan cara yang betul.

“Tak boleh sekadar baik, tetapi kena betul juga. Hiburan pun kena cara betul. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul,” katanya.

Sementara itu dalam perkongsian terbaru, beliau yang juga seorang usahawan dan penulis buku memberitahu, kritikan dibuatnya menerima kecaman ramai netizen.

“Disebabkan saya tulis pasal video pelajar sekolah tu, ramai pula 'gelar' saya terpaling baik, terpaling soleh, terpaling cikgu, terpaling ustaz, terpaling tak nyanyi, terpaling suci. 

“Tak cukup di komen, ada juga yang gigih hantar mesej sampai sanggup sindir dan kecam melalui mesej. Rajin sungguh. Lepas ni saya nak tulis pasal trend terbaru menyindir guna perkataan "terpaling" ni. Nantikan,” katanya. - Getaran, 1 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad