Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Beri Kepercayaan Tinggi Kepada Perkhidmatan Awam

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 12:14PM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika sesi temu bual sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memberi kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam dalam melaksanakan agenda pembangunan negara, serta meletakkan Malaysia di trajektori yang tepat menuju ke arah sebuah negara maju.

Begitu pandangan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, yang juga melihat penekanan dan penegasan Perdana Menteri mengenai keperluan kerajaan dan perkhidmatan awam memiliki tatakelola pentadbiran yang amanah dan berintegriti.

“Perdana Menteri kata kita (penjawat awam) kena bina semula negara, yang pada satu ketika dahulu berada di tahap baik. Kita pulihkan ekonomi dan kita mampu jana pendapatan lebih tinggi kepada negara,” katanya dalam satu wawancara bersama media.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri itu membuatkan penjawat awam selesa menjalankan tugas, dan Anwar juga memberi perhatian soal kebajikan penjawat awam termasuk pelaksanaan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Kita bekerja satu sinergi, apabila Perdana Menteri iaitu orang nombor satu percaya keupayaan kita, penjawat awam kita selesa jalankan tugas. Apa jua pandangan penjawat awam akan dihargai dan diminta pandangan.

“Paling mustahak ialah dia (Anwar), minta penglibatan seluruh penjawat awam untuk sama-sama berganding bahu untuk gerakkan dan bangunkan negara ini. Insya-Allah, perkara utama untuk diberikan kebajikan penjawat awam antaranya peluang kenaikan pangkat, gaji dan elaun,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022, lima hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebelum mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember 2022.

Menerusi kajian kepuasan penjawat awam terhadap Kerajaan Perpaduan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Mohd Zuki berkata, penjawat awam berpendapat kerajaan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik. 

“Dapatan kajian keseluruhannya secara purata puas hati (dengan kerajaan), yang kritikal ialah kebajikan (penjawat awam) itu tidak ditinggalkan. Harap terjemahkan sikap keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam, dibalas balik dengan perkhidmatan terbaik digagaskan Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Zuki berkata, populariti dan profil tinggi Anwar di luar negara, memudahkan urusan mempromosikan Malaysia serta kemasukan pelabur asing ke dalam negara.

“Saya bercakap dengan pegawai di Kementerian Luar, mereka cakap Perdana Menteri mempromosikan sendiri negara. Perdana Menteri sendiri ada pencapaian tinggi di peringkat antarabangsa, nampaknya tugas pegawai Kementerian Luar lebih mudah. Kita hanya follow through apa yang beliau telah laksanakan,” katanya.

Mengenai penerapan nilai MADANI dalam perkhidmatan awam, Mohd Zuki berkata, Perdana Menteri amat menitikkan budaya kerja berasaskan nilai MADANI, yang memfokuskan usaha membina masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian serta pembangunan.

Pada 19 Januari, Anwar memperkenalkan Malaysia MADANI sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. MADANI itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

“Perdana Menteri gagaskan MADANI dan saya bawa The G.R.E.A.T Civil Service merujuk kepada Good governance (tadbir urus baik), Responsibility (bertanggungjawab), Empathy (ihsan), Accountability (kebertanggungjawaban) dan Tenacity of purpose (fokus pada matlamat). Visi saya bawa lebih kepada bertujuan menyokong nilai MADANI untuk kita laksanakan dalam konteks perkhidmatan awam,” kata Mohd Zuki.

Menyingkap setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Ahli Parlimen Tambun itu, Mohd Zuki memuji usaha Perdana Menteri yang memberi penekanan isu-isu fundamental seperti tandas sekolah, klinik daif serta perkara asas rakyat lain.

“Bagi Perdana Menteri, (isu tandas sekolah) merupakan perkara asas dan kalau tandas tidak boleh dijaga, macam mana nak beri keselesaan kepada murid dan macam mana ingin dapatkan pendidikan sempurna, itu sebab beliau beri penekanan.

“Perdana Menteri juga tekankan tidak kisah jika beliau tidak dikenali sebagai Perdana Menteri yang tidak bina gedung tinggi, tetapi fokusnya isu di bawah, contohnya gerai sempurna sebab Malaysia bukan dinikmati hanya orang kaya tetapi seluruh rakyat Malaysia. Itu keutamaan dia,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri amat menekankan pelaksanaan dasar atau projek pembangunan yang cepat, namun aspek tatakelola perlu dipatuhi tanpa kompromi.

Mohd Zuki berkata, Perdana Menteri begitu menekankan inisiatif kebajikan rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan 2024.

“Tiada rakyat ditinggalkan dengan perbelanjaan peruntukan besar dan isu keprihatinan dan kebajikan rakyat diberi perhatian,” katanya.

Mohd Zuki berkata, Anwar turut menekankan perbelanjaan berhemah bagi mengelak pembaziran dan mendapatkan penjimatan dalam pentadbiran kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Miskin Tegar Di Terengganu Akan Dinoktahkan Dalam Tempoh 2 Bulan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

4

Sukan 3 hari yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

Sorotan

1

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

2

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

3

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Siasat Insiden Conteng Masjid Di KKB

Politik 13 jam yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Sambut Baik Resolusi PBB Gesa UNSC Timbang Semula Permohonan Palestin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Di Sungai, 2 Lelaki Ditemukan Lemas