web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Lancar Perpustakaan Digital Kesihatan Pertama Berkaitan Kanser

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:29AM

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia, yang dinamakan sebagai Beauty (Bringing Education And Understanding To You) and Health Digital Library for Health Promotion and Health Screening Portal, dilancarkan secara rasmi hari ini bersama-sama 44 video dan 48 buku kecil dengan maklumat komprehensif mengenai kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji, terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser kepada orang ramai.

"Membincangkan isu kanser adalah sesuatu yang mencabar dan memberi kesan terhadap emosi untuk kebanyakan orang khususnya dalam konteks Malaysia di mana penyakit itu masih dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan," katanya ketika berucap sebelum melancarkan perpustakaan digital itu di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, malam tadi.

Beliau berkata, perpustakaan itu boleh membantu ahli keluarga mengenai kepentingan pengesanan awal gejala kanser kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa dan inisiatif ini dijangka mampu mendidik orang ramai kepentingan menjaga kesejahteraan seluruh ahli keluarga serta teman rapat.

"Projek Beauty and Health, yang menggabungkan pusat kecantikan dan salun rambut, tampil sebagai langkah bijak untuk mendekati khalayak lebih luas... inisiatif ini bertujuan memulakan perbualan mengenai kesihatan termasuk pencegahannya, dalam mewujudkan topik perbincangan yang lazimnya dianggap tidak konvensional," katanya.

Perpustakaan itu dilengkapi Portal Pendaftaran Saringan Kesihatan yang menawarkan hab bagi penilaian kendiri kanser serta penyimpanan data kesihatan dan boleh diakses oleh orang ramai bagi pengurusan kesihatan yang proaktif, selain mengekalkan rekod klinikal terperinci untuk rekod penjagaan diri dan kesihatan.

Perpustakaan digital itu dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Forum Kanser Asia (ACF) yang menghasilkan buku serta video pendidikan mengenai pelbagai jenis kanser dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad