web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Terlepas Tuduhan Bunuh Bapa Saudara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 3:36PM

Ahmad Tarmizi Harun terlepas tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin ketika membaca penghakimannya berkata kes tersebut tidak perlu dipanggil untuk pembelaan susulan mahkamah berpuas hati dengan laporan dan keterangan saksi iaitu seorang psikiatri yang mengesahkan tertuduh mempunyai penyakit Skizofrenia sejak 2009.

"OKT (orang kena tahan) juga mempunyai kebergantungan kepada dadah yang memburukkan lagi keadaan.

"OKT berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang," katanya.

Beliau berkata ketidakwarasan tertuduh juga dibuktikan apabila tertuduh tidak cuba menghapuskan bukti apabila batu-bata yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan masih berada di tempat kejadian.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh Ahmad Tarmizi Harun, 33, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Tarmizi yang masih bujang didakwa membunuh Ahmad Halim Bahari, 61, di halaman rumah di Kampung Piang, Mukim Kerunai, Gerik pada 10 Nov 2020 yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), dia boleh dikenakan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang dari 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sally Chai Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad