web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelindan Lori Didakwa Cuba Bunuh Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 1:59PM

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang kelindan lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis bulan lepas.

Mohamad Hafiz Naharoddin, 28, dipercayai anggota kumpulan samun ‘Geng Bulat’ mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu cuba membunuh Kpl Nik Mohd Khairul Izwan Nik Jid dengan memandu kenderaan Perodua Myvi secara berbahaya di jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan kepada Nik Mohd Khairul dengan pengetahuan bahawa perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Masjid Simpang 4 Labu Kubong, Chenderong Balai di sini pada kira-kira 5.50 petang, 23 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan tidak menawarkan jaminan manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Saravanan memohon jaminan munasabah dengan alasan Mohamad Hafiz melanggar kereta polis secara tidak sengaja.

Saravanan berkata tindakan polis melepaskan tembakan telah terkena bahu kanan tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak sehingga menerima jahitan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain menetapkan 29 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian di Kampung Gajah pada 23 Oktober lepas, polis menahan dua lelaki tempatan, dipercayai anggota kumpulan samun, yang cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan seorang anggota polis diheret ketika cuba menahan mereka. 

Pada 17 November lepas, Mohamad Hafiz dan abangnya Ahmad Fazrin Naharoddin, 31, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata pada Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

4

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar