web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


703 Jam Digital Kandungi Bahan Al Quran Tanpa Perakuan Dirampas - KDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 8:59AM

Jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks Al Quran 1986 - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.

KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.

“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam pelbagai bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN terlebih dahulu sebelum diedar atau pun dijual di negara ini.

“Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan sehingga kini terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di negara ini.

Menurut kenyataan itu KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.

Pada masa yang sama orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli dan memiliki al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN, kerana jika disabitkan kesalahan pihak atau individu terlibat boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“KDN menyeru orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan teks serta bahan al-Quran tanpa kelulusan dan bahan penerbitan yang tidak diingini, dengan menghubungi di talian 03-8000 8000 / 8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad