web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna ‘Dalil’ Ketua Sami, Konsert Bachok Terus Dikecam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 9:11AM

Ketua Wat Phatumviharn, Phor Than Plen. gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsert Siam sempena Loy Krathong di Bachok, Kelantan minggu lalu terus menjadi isu hangat, khususnya di media sosial.

Barangkali ingin meredakan keadaan, Ketua Wat Phatumviharn, Phor Than Plen tampil memberikan penjelasan mengenai acara tersebut.

Menurut Than Plen, konsert terbabit adalah sebahagian daripada acara yang disusun untuk meraikan sambutan Loy Krathong, iaitu antara perayaan utama kaum Siam.

Katanya, perayaan Loy Krathong telah disambut sejak 29 tahun lalu di Wat Pathumviharn, dan dianggap oleh masyarakat Siam sebagai satu acara tahunan yang amat meriah. 

“Untuk makluman semua, kita telah memohon kebenaran untuk acara ini dan melantik pasukan RELA untuk menjaga keamanan.

“Kami juga telah memohon dengan pihak polis dan menjelaskan semua yang akan kami adakan di Wat Pathumviharn,” katanya, menerusi ciapan yang dikongsi @fairuz_azmi83.

Jelas Than Plen, penganjur sudah menyediakan garis panduan yang terperinci kepada artis jemputan, termasuk dari aspek pakaian dan pertuturan.

“Semua pihak berkuasa amat memahami dan memberikan pertolongan yang baik, di sini kami mengucapkan ribuan terima kasih.

“Saya khuatir isu akan menjadi lebih besar, dan mengeruhkan suasana harmoni di antara kaum di Kelantan, dan memberi imej yang tidak baik kepada Wat Pathumviharn,” keluhnya.

Than Plen berkata, persembahan nyanyian dianggap sebagai acara istimewa dalam kalangan masyarakat Siam, kerana ia berupaya menarik kehadiran generasi muda.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran anak muda Siam ke Wat kerana dengan cara ini mereka boleh bergaul dengan sami-sami, mereka boleh belajar sedikit amalan agama, dan banyak lagi aktiviti lain yang mereka boleh lakukan di sini, dan yang paling penting mereka tidak akan berasa janggal untuk datang ke Wat.

“Di samping itu, persembahan nyanyian meriah dan menggembirakan sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan hidup mereka,” katanya.

Kenyataan Than Plen itu bagaimanapun disifatkan netizen sebagai ‘cubaan terdesak’ pembangkang untuk ‘menghalalkan’ kelemahan mereka yang gagal mengawal suasana.

Ustaz Tok Perak di @TokPerak8 misalnya berkata, pembangkang amat bijak mengubah naratif kes agar segalanya dilihat murni. 

“Bila mai kat depa takut jejas hubungan. Bila tang kita, bala lah, liberal lah, perosak agama lah.

“Sampai jatuh kami semua ni kafir habis dah,” katanya, sinis.

Pendapat senada diluahkan Terrence Dass yang dengan bersahaja mempersoalkan ‘kredibiliti’ mufti negeri.

“Kira dalil tok sami lagi besar daripadapandangan mufti kelantan ke macam mana? Persembahan itu hanya utk kaum Siam sahaja ke bro,” soalnya.

Aqim Nizar pula menyifatkan pembangkang juga memilik sisi liberal mereka sendiri apabila ‘gigih’ memujuk Ketua Wat untuk memberi kenyataan.

“Kira lobai kelantan pun liberal la kan un. Gigih un cari dalil dari tok sami,” katanya. 

Dia turut berkongsi tangkap layar kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang diterbitkan Astro Awani pada 2 Jun lalu. - Getaran, 29 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar