web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Mahu Langkah Tegas Diambil Terhadap Insiden Menjurus Kepada Ekstremisme 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:25AM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika hadir pada majlis penutup sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, semalam. gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mahu langkah tegas diambil terhadap beberapa insiden yang menjurus kepada ekstremisme atau perlakuan melampau yang dilihat kian membimbangkan.

Menyuarakan kegelisahan terhadap trend itu, beliau berkata, semua pihak termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan rentas kementerian perlu melipatgandakan usaha bagi meredakan keadaan melampau tersebut agar masyarakat faham undang-undang dan tidak mengambil tindakan luar rasional.

"Beberapa insiden baru-baru ini seakan-akan memerlukan kita meneliti sama ada perlunya intervensi yang mendalam," katanya yang terkesan dengan insiden seorang remaja lelaki 13 tahun bertindak luar kawalan apabila menikam pemandu e-hailing dengan pisau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 bertema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'.

Turut hadir, Timbalan Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin; peserta perbarisan serta warga KKD. 

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2023, menekankan pentingnya perpaduan sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI dan idealisme yang dibawa melalui tema sambutan HKHM 2023 bagi membina identiti negara dan bangsa seperti diidamkan sejak kemerdekaan. 

“Agenda perpaduan nasional perlu disokong dan didukung semua pihak kerana Kerajaan Perpaduan mahu nilai-nilai saling menghormati dan mementingkan keadilan dimartabatkan dalam usaha membangunkan Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai Dasar Perpaduan Negara yang antaranya bertujuan memastikan hubungan sesama rakyat dan budaya diamalkan sekali gus membina persefahaman yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.

Fahmi turut menyeru semua pihak supaya terus menyuburkan perpaduan dan keharmonian seperti termaktub dalam Rukun Negara demi memastikan kejayaan serta kestabilan negara.

"Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik iaitu dengan mencipta masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama," katanya.

Mengenai kejayaan HKHM 2023, Fahmi berkata, beliau secara peribadi berasa amat gembira kerana sambutan itu telah dihadiri lebih 100,000 pengunjung malah ada antara mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur, serta sanggup menunggu sejak malam 31 Ogos kerana tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara gemilang Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Beliau berkata, pelancong asing yang turut menyaksikan sambutan penuh meriah itu memuji semangat perpaduan dan keharmonian jitu yang dipamerkan rakyat Malaysia. 

"Ini menunjukkan bahawa perbezaan etnik, agama dan budaya bukan halangan untuk kita terus kekal bersatu padu demi negara tercinta. Paparan yang ditampilkan semasa sambutan Hari Kebangsaan itu juga membuktikan rakyat terutamanya generasi muda tahu dan memahami pentingnya kita meraikan Hari Kebangsaan sebagai negara yang merdeka," katanya.

Fahmi berkata, kejayaan sambutan juga dirasai apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyantuni rakyat selepas berakhirnya program sambutan tanpa sebarang protokol. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad