web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Ahli JKMR Manifestasi Kerajaan MADANI Banteras Rasuah - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 8:17PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama anggota JKMR. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) hari ini sebagai manifestasi Kerajaan MADANI untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat bagi membanteras gejala rasuah di negara ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berharap Ahli JKMR bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Okt lepas hingga 8 Okt 2026 itu dapat mengalas tanggungjawab besar yang diamanahkan dengan penuh adil, tawaduk dan saksama.

“Saya percaya Ahli JKMR Sesi 2023-2026 akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gelaja rasuah yang kian membarah.

“Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan daripada-Nya,” menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Pengerusi JKMR, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohd Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman di Bangunan Parlimen di sini.

Ia disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan mereka telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan peranan menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berhubung masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar