web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dibentang Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 5:22PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok (29 Nov). 

Terdahulu, beliau menarik semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Rang undang-undang yang ditarik balik itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Berdasarkan rang undang-undang sebelum ini, Fasal 13 menyatakan tiada seorang pun boleh menjual dan membeli apa-apa produk tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada mana-mana orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Menurut Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang hari ini, Fasal 13 (1) dan 13 (3) menyatakan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa.

Fasal 17 (1) pula menyatakan larangan merokok, mengunyah dan menggunakan produk tembakau kepada orang belum dewasa iaitu di bawah usia 18 tahun.

"Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak lebih RM500 atau diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001,” menurut rang undang-undang itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad