web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Kelantan Meningkat, Terengganu Menurun, Selangor Kekal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 10:48AM

Keadaan banjir di Kampung Kusar, Rantau Panjang Kelantan. gambar JBPM Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat, manakala Terengganu menunjukkan penurunan dan Selangor tidak berubah, setakat pagi ini.

Di KELANTAN, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat sedikit kepada 718 orang daripada 204 keluarga sehingga jam 8 pagi ini berbanding 709 orang daripada 201 keluarga malam semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu di Pasir Mas menempatkan 232 orang daripada 79 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan 65 orang daripada 19 keluarga masih berlindung di PPS Kedai Tanjong.

Di jajahan Bachok pula, seramai 67 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, manakala 354 orang daripada 90 keluarga berada di SK Jelawat.

Sementara itu di TERENGGANU, situasi banjir semakin pulih dengan 225 penduduk daripada 49 keluarga ditempatkan di lima PPS di empat daerah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 112 orang daripada 25 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di daerah Besut, manakala di Kuala Terengganu, berbaki 54 orang daripada 12 keluarga yang masih ditempatkan di sebuah PPS.

Selain itu, di Dungun seramai 50 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Setiu hanya sembilan orang daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh.

Sementara itu, paras air sungai di stesen-stesen utama negeri ini berada pada paras normal kecuali Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus yang mencapai tahap waspada dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman yang mencecah tahap amaran.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir kekal seperti semalam dengan 83 orang daripada 29 keluarga di daerah Kuala Selangor yang ditempatkan di dua PPS setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana JKM, dua PPS tersebut adalah Balai Raya Rantau Panjang membabitkan 47 orang dan PPS Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz yang menempatkan 36 orang.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor melebihi paras bahaya dengan ketinggian air 27.63 meter, namun dalam trend menurun setakat 8 pagi.

Tiga sungai di Selangor kini pada tahap waspada membabitkan Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor dengan ketinggian aras air 18.27 meter dan Sungai Langat di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Manggis di Kuala Langat (2.5 meter) dengan kedua-dua aras sungai itu dalam trend menaik, manakala Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada ketinggian 7.09 meter dalam trend menurun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

3

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar