web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Mangsa Di Terengganu, Kelantan Terus Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:33AM

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan menunjukkan peningkatan malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan setakat 8 malam tadi.

Situasi banjir di TERENGGANU yang beransur baik pagi tadi kembali buruk berikutan hujan lebat berpanjangan sepanjang hari yang mengakibatkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 628 orang daripada 149 keluarga berbanding 442 orang daripada 113 keluarga, 12 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 13 orang daripada empat keluarga ditempatkan di sebuah PPS manakala di Dungun, dua PPS yang ditutup semalam dibuka semula 2 petang tadi dengan menempatkan 62 orang daripada 12 keluarga.

Di Kuala Terengganu 269 orang daripada 71 keluarga berada di dua PPS; Besut (181 orang, 38 keluarga); Kuala Nerus (34 orang, enam keluarga) di sebuah PPS manakala Marang seramai 69 orang daripada 18 keluarga berlindung di dua PPS.

Paras air Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman pula merekodkan bacaan 1.97 meter melebihi tahap amaran 1.9 meter dengan trend menaik.

DI KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada 224 orang daripada 72 keluarga di dua PPS di Bachok dan sebuah PPS di Pasir Mas berbanding 63 orang daripada 18 keluarga di dua PPS di Pasir Mas dan Pasir Puteh, pagi tadi .

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Bachok, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor menempatkan 49 orang daripada 12 keluarga manakala di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat 90 orang daripada 30 keluarga.

PPS SK Tok Deh di Pasir Mas pula menempatkan 85 mangsa (30 keluarga). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad