web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Masjid Wilayah Persekutuan Dipilih Sebagai Pusat Aduan, Kaunseling Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 4:43PM

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga antara lokasi pusat aduan dan khidmat kaunseling untuk mangsa keganasan rumah tangga. - gambar Facebook Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan khidmat nasihat, sokongan psikologi serta kaunseling.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain itu, dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pula dipilih sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga bagi membolehkan mangsa mendapatkan perlindungan.

“Kementerian bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mewujudkan Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan meliputi keperluan psikososial dan spiritual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2023 (EVAW)), di sini hari ini.

Nancy berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan sejak 2021 di bawah pelan pengimarahan masjid di bawah JAWI.

Nancy berkata isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan sering menjadi fokus utama kerana ia melangkaui batas sempadan, agama, bangsa dan budaya.

Katanya berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami keganasan fizikal atau keganasan seksual sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Tragedi ini telah merebak kepada situasi dan keadaan yang berbeza, termasuk di tempat awam, tempat kerja dan dalam talian serta telah diburukkan lagi oleh kesan pasca-pandemik COVID-19. Terdapat lima bentuk keganasan yang dikenal pasti boleh berlaku kepada wanita, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan sosial, penderaan kewangan serta penderaan psikologi dan emosi.

“Masyarakat lebih mengetahui mengenai penderaan fizikal dan seksual. Namun begitu, ramai yang kurang sedar mengenai jenis bentuk keganasan lain yang boleh berlaku terhadap wanita. Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita adalah bentuk penderaan psikologi dan emosi,” katanya.

Nancy berkata berdasarkan statistik polis, kes keganasan terhadap wanita yang melibatkan keganasan rumah tangga, jenayah rogol dan gangguan seksual di seluruh negara merekodkan sebanyak 9,334 kes pada 2021 dan 8,580 kes pada 2022 dan bagi tahun ini, sehingga Ogos, sebanyak 5,050 kes telah direkodkan.

Nancy berkata bagi menangani isu keganasan terhadap wanita, kementerian telah melaksanakan Program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual agar budaya penormalan gangguan seksual dapat dihapuskan dan sehingga Isnin lepas (20 Nov) sebanyak 66 program AAGS membabitkan 19,423 peserta telah dilaksanakan.

Sementara itu, berhubung isu warga emas yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir, beliau berkata mangsa yang terlibat telah diberikan kaunseling manakala lelaki berkenaan sudah ditahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar