web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Terengganu Berkurang, Di Kelantan Meningkat Sedikit Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 12:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dengan jumlah penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan setakat pagi ini, namun di Kelantan mencatatkan sedikit peningkatan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurang kepada 486 orang pagi ini berbanding 638 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 273 mangsa ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu, manakala 62 orang berlindung di tiga PPS di Kuala Nerus.

Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang ditempatkan di sebuah PPS di Besut.

Bagaimanapun, paras air sungai di beberapa stesen utama di negeri ini kembali meningkat dengan Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut dalam daerah Setiu berada pada tahap waspada, masing-masing mencecah 11.34 meter (m) dan 16.51m setakat 9.30 pagi ini, manakala Sungai Jalok di Jambatan Chalok mencapai tahap amaran pada 8.25m.

Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman turut berada pada tahap waspada dengan masing-masing mencecah 3.54m dan 1.75m.

Di KELANTAN, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 63 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan di SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas meningkat kepada 33 orang berbanding 31 orang malam tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan, Kelantan Kekal

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad