web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan, Kelantan Kekal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 11:27AM

Situasi banjir di Kelantan kekal setakat malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan penurunan manakala di Kelantan kekal setakat pagi ini, dengan jumlah keseluruhan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri berkenaan adalah 1,199 orang.

Di KELANTAN, situasi banjir kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 62 mangsa daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS setakat 7.30 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 30 mangsa daripada tujuh keluarga di Pasir Puteh ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja manakala di Pasir Mas, 32 mangsa daripada tujuh keluarga sedang berlindung di PPS SK Tok Deh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa merekodkan penurunan kepada 1,137 orang daripada 309 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,454 orang daripada 397 keluarga pada 10 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, di Kuala Nerus 423 mangsa daripada 114 keluarga masih berada di lapan PPS manakala di Kuala Terengganu, 482 mangsa daripada 133 keluarga berlindung di empat PPS.

Sementara itu, di daerah Marang, 177 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di empat PPS manakala di Besut, 55 mangsa daripada 14 keluarga masih berlindung di sebuah PPS.

Di daerah Dungun, tiada mangsa ditempatkan di PPS SK Tok Kah setakat pagi ini berbanding enam mangsa daripada dua keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, paras air sungai di stesen-stesen utama negeri ini berada pada tahap normal kecuali stesen Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman yang berada dalam keadaan waspada. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir: Jumlah Mangsa Di Terengganu Berkurang, Di Kelantan Meningkat Sedikit Pagi Ini

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad