web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jeda Kemanusiaan Di Gaza Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 12:45PM

Jeda kemanusiaan yang bermula ja 7 pagi waktu GAza akan berlangsung selama empat hari. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza bermula pada Jumaat, 7 pagi waktu Gaza (12 tengah hari Waktu Malaysia), menurut Kementerian Luar Qatar

Jurucakap Kementerian Luar Dr. Majed bin Mohammed Al Ansari dalam sidang media pada Khamis berkata perbincangan antara Hamas, Israel dan pihak pengantara telah pun selesai, lapor Agensi Berita Qatar.

Beliau berkata sebaik sahaja jeda kemanusiaan berkuat kuasa, bantuan akan mula disalurkan melalui persimpangan Rafah dengan penyelarasan Mesir.

Mengenai komitmen untuk melaksanakan jeda kemanusiaan itu, Al Ansari berkata: "Qatar melihat isu ini secara positif dan yakin kedua-dua pihak akan memberi komitmen sepenuhnya".

Beliau berkata turut dipersetujui bahawa gencatan senjata sepenuhnya akan dilaksanakan semasa jeda kemanusiaan dan berharap kedua-dua pihak mematuhinya.

Al Ansari berkata Qatar berharap jeda kemanusiaan itu akan menyumbang kepada lebih banyak usaha untuk mencapai keamanan dan gencatan senjata yang berkekalan. - BERNAMA-QNA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad