web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kestabilan Politik Tarik Pelaburan Luar, Dijangka Lebih Agresif Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 2:02PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Tangan Emas kepada Pelajar Kolej Vokasional Kajang bidang Automobil Teknologi, Hayatun Nufus Roshisam (kanan) pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kestabilan politik yang dikecapi bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun berjaya mengundang banyak industri gergasi dunia untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia termasuk syarikat Google, TikTok, Infineon Technologies AG, syarikat automatif China, Geely dan Tesla yang yakin dengan kemampuan Malaysia kerana kini mempunyai dasar jelas.

“Saya tanya mereka apa keistimewaan di Malaysia. Sekarang, alhamdulillah politik stabil. Politik stabil itu membantu memberi keyakinan kepada mereka, ada dasar yang jelas.

“Maknanya dia tahu, dia datang sini, ini dasar ekonominya, ini dasar perindustrian, ini ekonomi MADANI, ini transisi tenaga. Saya bersyukur Malaysia menjadi perhatian semula selepas ketinggalan beberapa lama,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Anwar berkata, kerajaan akan lebih agresif dan tegas untuk membawa perubahan bukan hanya untuk menyelamatkan negara, malah mengangkat martabat negara di rantau ini dengan membawa lebih ramai pelabur, mengurus ekonomi dengan baik, melatih anak-anak tempatan dan mempunyai tatakelola baik.

“Negara ini tidak boleh lagi dikenali sebagai negara yang senang dan toleransi dengan rasuah serta penyelewengan, setiap dana mesti digunakan dengan baik di semua peringkat, daripada Perdana Menteri hingga ke bawah,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kestabilan politik sekarang juga akan menyukarkan hasrat segelintir pihak yang 'mengidam' untuk mengambil alih kerajaan buat masa sekarang.

Pada masa sama, beliau juga menegur pihak-pihak yang bergaduh mengenai perbezaan agama dan kaum tetapi tidak menghiraukan masa depan anak-anak muda, termasuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sehubungan itu, Anwar meminta Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan agensi berkaitan supaya menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya khususnya di peringkat kemahiran tertinggi susulan terdapat teguran daripada pelabur yang memaklumkan kemahiran tertinggi pekerja di negara ini perlu dipertingkatkan.

“Geely menganggap nilai prestasi pekerja di Malaysia sangat baik dan memuaskan, tahap profesionalisme baik. Masalahnya satu sahaja iaitu tahap kemahiran tinggi kadang-kadang ada kekurangan,” katanya.

Menyentuh mengenai kelantangan beliau berkaitan isu Palestin, Anwar mengakui beliau menyuarakan isu tersebut di pentas antarabangsa mewakili rakyat Malaysia walaupun ia satu perkara yang sukar.

Beliau juga menyelar tindakan segelintir pihak di negara ini yang Perdana Menteri labelkan sebagai suara-suara sumbang, yang terus menyerangnya dalam hal berkenaan.

“Bukan saya nak minta berterima kasih. Kalau tidak terima kasih pun, janganlah kutuk lagi,” katanya.

Meskipun lantang menyuarakan isu Palestin ketika menghadiri Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Anwar berkata, ia tidak mengganggu keputusan syarikat besar termasuk dari AS untuk meneruskan pelaburan di Malaysia.

Menurutnya, syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) juga telah memutuskan untuk bersama mengambil ekuiti bagi membesarkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad