web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 128 Penduduk Masih Berlindung Di PPS Di Kedah, Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 10:48AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Kedah dan Perak kekal seperti malam semalam dengan seramai 128 penduduk masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua PPS iaitu masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu, kekal 26 orang daripada lima keluarga, setakat jam 8 pagi ini. 

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan berkata, di Kota Setar, enam sekeluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah manakala di Kubang Pasu, 20 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di SK Malau.

Beliau berkata, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang sekiranya banjir di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, di PERAK seramai 102 penduduk daripada 29 keluarga masih berlindung di empat PPS membabitkan tiga daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 18 individu daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di Kerian, PPS SK Changkat Lobak menempatkan 18 orang daripada tiga keluarga dan PPS SK Alor Pongsu dengan 57 orang daripada 19 keluarga.

Di daerah Kinta pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A kekal sembilan orang daripada dua keluarga. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad