web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Patahkan Cubaan Seludup Heroin Ke Australia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis heroin seberat 1.013 kilogram bernilai RM86,800 yang dipercayai untuk diseludup ke Australia dalam serbuan di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan, pada 6 November lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit III, Wong Pun Sian berkata, dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit III bersama pasukan Tempur Operasi Medan (Cobra) membuat pemeriksaan terhadap satu palet 36 kotak dagangan komoditi jubin lantai yang mencurigakan di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan, katanya, 59 peket plastik lut sinar mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin  disorokkan di dalam 'marking label’ bersalut plastik serta diletakkan dalam kotak jubin tersebut.

“Dagangan itu dipercayai dihantar ke premis di Nilai itu untuk proses pembungkusan dan pewasapan sebelum di bawa ke Pelabuhan Klang untuk dieksport.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan cara menyembunyikan dadah dalam peket plastik dan disorokkan di dalam ‘Marking Label' bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wong berkata, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad