web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Penjara Fail 1,020 Semakan Semula Akta Hukuman Mati - Ramkarpal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 12:13PM

Ramkarpal Singh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia telah selesai memfailkan kesemua 1,020 permohonan semakan semula di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] .

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata penyelarasan pemfailan untuk proses semakan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

“Bagi tujuan ketelusan pula, carta alir proses semakan ini telah juga dimuat naik di laman web dan semua media sosial BHEUU, JPM pada 12 September 2023 dan terbuka untuk panduan umum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata seterusnya, di peringkat Pengurusan Kes di Mahkamah Persekutuan pula, peguam yang dilantik untuk mewakili banduan bagi proses semakan ini akan juga dibekalkan dengan dokumen asas perbicaraan seperti kertas pertuduhan, perintah mahkamah dan alasan penghakiman daripada perbicaraan dan rayuan banduan tersebut sebelum ini.

Katanya setelah pemfailan permohonan semakan di bawah Akta 847 dibuat, sekiranya peguam yang mewakili banduan bagi proses semakan ini memerlukan lebih masa untuk memfailkan apa-apa dokumen sokongan tambahan ataupun untuk menyediakan kes mereka, sebarang perlanjutan masa boleh dimohon kepada mahkamah.

Ramkarpal berkata keputusan terhadap perlanjutan masa adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, sepertimana amalan biasa dalam mana-mana kes di hadapan mahkamah.

Beliau berkata sebarang pemfailan dokumen sokongan tambahan ini tidak akan dihadkan dalam tempoh masa 90 hari yang telah ditetapkan di bawah Akta 847.

“Setakat 16 November 2023, sebanyak 23 permohonan semakan di bawah Akta 847 telah pun didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu sebanyak 15 permohonan semakan hukuman mati dan lapan permohonan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Hasutan 1948 Akan Disemak Semula - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Batalkan Cadangan Denda RM86.77 Juta MyCC Kenakan Terhadap Grab

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar