web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Batalkan Cadangan Denda RM86.77 Juta MyCC Kenakan Terhadap Grab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:34PM

Keputusan MyCC di sebalik denda itu dicemari oleh ketidakwajaran prosedur dan denda yang dicadangkan oleh pengawal selia persaingan tidak disokong oleh proses penyiasatan yang sewajarnya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan cadangan denda Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebanyak RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya berhubung amalan antipersaingan syarikat perkhidmatan e-hailing itu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Grab Inc, Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd itu turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata keputusan MyCC di sebalik denda itu dicemari oleh ketidakwajaran prosedur dan denda yang dicadangkan oleh pengawal selia persaingan tidak disokong oleh proses penyiasatan yang sewajarnya.

Hakim juga menyatakan bahawa walaupun denda yang dicadangkan itu adalah berdasarkan aduan pada 2019 yang dikemukakan kepada MyCC oleh seorang pemandu Grab berhubung dakwaan amalan antipersaingan syarikat, pengawal selia itu sebaliknya bergantung pada aduan 2018 berhubung syarikat yang dikatakan melanggar Akta Persaingan 2010.

"Saya tidak boleh menerima dakwaan MyCC bahawa semakan kehakiman boleh menghalang penyiasatan pengawal selia terhadap amalan antipersaingan," kata hakim.

Wan Ahmad Farid berkata denda yang dicadangkan itu adalah keputusan pihak berkuasa awam yang masih boleh menjadi subjek cabaran undang-undang melalui semakan kehakiman.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Grab untuk ganti rugi terhadap MyCC memandangkan tiada unsur niat jahat di sebalik keputusan pengawal selia itu untuk denda yang dicadangkan tersebut.

Pada Disember 2019, ketiga-tiga syarikat itu memfailkan tindakan undang-undang untuk mencabar cadangan denda MyCC sebanyak RM86.77 juta terhadap mereka kerana melanggar Akta Persaingan 2010 melalui klausa sekatan yang didakwa dikenakan ke atas pemandunya.

Bagaimanapun, pada Februari 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ketiga-tiga mereka kerana menganggap langkah itu pramatang memandangkan keputusan yang dicadangkan itu belum muktamad.

Semasa rayuan, Mahkamah Rayuan, pada 19 April 2021, memberikan kebenaran kepada ketiga-tiga syarikat itu untuk memulakan semakan kehakiman dan ini mendorong MyCC memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk kebenaran merayu.

Bagaimanapun, tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan ketiga-tiga syarikat itu didengar tahun lepas oleh Mahkamah Tinggi atas meritnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran