web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 10:11AM

Permohonan Najib Razak untuk mendapat kebenaran semak sabitan, hukuman pagi ini diputuskan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu, yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadap beliau.

Ini selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di sini menolak permohonan semakannya dalam keputusan tidak sebulat suara, bermakna mantan Perdana Menteri itu akan terus menjalani baki tempoh hukumannya.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong membacakan penghakiman majoriti pada jam 9.52 pagi.

Ahli panel lain yang membuat penghakiman sama ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli pula membuat keputusan menentang.

Ketika menyampaikan penghakiman majoriti, Vernon berkata, keputusan untuk menolak permohonan semakan Najib dibuat selepas mempertimbangkan semua hujahan dalam perbicaraan terdahulu, serta semua bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan melalui hujah mereka.

Beliau berkata, setelah mempertimbangkan semua rekod, Mahkamah Persekutuan mendapati semua sabitan awal terhadap Najib adalah selamat dan hukuman yang dikenakan terhadap mantan perdana menteri itu tidak keterlaluan, dan oleh itu disahkan.

Malah, beliau berkata, jawapan pemohon terhadap penolakan rayuannya sebelum ini adalah tidak seimbang sepenuhnya.

Vernon berkata, walaupun Najib merasakan terdapat pelanggaran keadilan semula jadi dan penyalahgunaan proses mahkamah dalam keputusan mahkamah untuk mengekalkan keputusan sabitan dan hukuman beliau tahun lepas mungkin tulen, ini tidak boleh menentukan kesimpulan yang dibuat oleh panel yang mendengar permohonan semakannya.

“Dalam perkara ini, dengan hormatnya, kita dikekang untuk mengatakan pemohon adalah punca nasib malangnya sendiri.

“Kami berpendapat permohonan semakan itu tidak lebih daripada mencabar merit keputusan Mahkamah Persekutuan. Sehubungan itu, permohonan semakan ditolak,” katanya.

Sebelum ini, kira-kira 30 penyokong Najib berhimpun di luar Istana Kehakiman, di sini.

Sejurus selepas jam 8.30 pagi, anak perempuan Najib, Nooryana Najib tiba dengan kereta sedan mewah berwarna putih.

Lima minit kemudian, peguam utama Najib, Tan Sri Shafee Abdullah juga dilihat tiba di mahkamah, diikuti pendakwa raya dalam permohonan semakan itu, Datuk V. Sithambaram.

Difahamkan, Najib tiba diiringi kenderaan polis dan pegawai Jabatan Penjara pada jam 8.36 pagi sebelum dibawa terus ke bilik mahkamah manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada jam 8.52 pagi.

Keputusan hari ini susulan prosiding enam hari yang bermula pada 19 Januari lalu.

Semasa perbicaraan, Shafee berhujah bahawa panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan utama membuat kesilapan asas dalam undang-undang dengan tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan kemudian tidak membenarkan bekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh menarik diri.

Ini merujuk kepada panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang memutuskan pada 23 Ogos tahun lalu bahawa keputusan bersalah Najib sebelum ini akan dikekalkan.

Shafee juga berhujah bahawa catatan Facebook oleh suami Tengku Maimun pada 11 Mei 2018 adalah pengisytiharan umum kebencian terhadap Najib, dan oleh itu, hakim tertinggi sepatutnya menarik diri.

Bagaimanapun, Sithambaram berhujah bahawa tiada pelanggaran keadilan semula jadi, salah laku keadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu kerana pasukan pembelaan diberi peluang sewajarnya semasa proses rayuan terakhir.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi, sebelum mahkamah tertinggi membuat keputusan yang sama.

Najib memohon rayuannya didengar semula oleh panel baru Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan bagi hukuman penjaranya sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya. – The Vibes, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar