web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dihadap Ke Mahkamah Bunuh Rakan Kongsi Perniagaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 2:16PM

Tertuduh Nooraini Remali ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh wanita warga emas yang juga rakan kongsi perniagaannya di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang, dua minggu lepas.

Tertuduh Nooraini Remali, 35, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Norzihan Abd Karim, 65, di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, antara 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 Nov lepas.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli menetapkan 15 Jan depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Sebelum ini seorang wanita ditahan pada 1 Nov lepas setelah mayat mangsa dengan 15 kesan tikaman di badannya ditemukan pengawal keselamatan di dalam longkang di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang dekat sini pada 4.35 pagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar