Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Mahu Jawab Dakwaan Pengubahan Wang Haram Di Mahkamah - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 8:05PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa bekas perdana menteri itu memilih untuk menjawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, ACP Foo Wei Min berkata, Najib memutuskan untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya melibatkan lima keping cek untuk lima pembayaran daripada akaunnya kerana beliau sudah didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah pada 20 Sept 2018.

Lima cek itu adalah untuk transaksi yang berlaku dalam akaun Najib pada 2013, termasuk cek RM20 juta untuk UMNO pada 2 Ogos; cek RM100,000 untuk UMNO Batu Kawan pada 7 Ogos; RM246,000 ke dalam akaun taikun hartanah Lim Soon Peng pada 7 Ogos; RM2 juta untuk Orb Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos dan RM303,000 untuk Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd pada 14 Ogos.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika membacakan petikan daripada kenyataan Najib kepada Foo, iaitu Ahli Parlimen Pekan itu berkata: "Saya memang bersedia untuk menjawab (soalan) sekiranya saya belum didakwa, namun kerana saya telah didakwa saya percaya ia (menjawab soalan) bertentangan dengan sistem perundangan negara. Oleh itu saya akan jawab di mahkamah".

Ketika disoal Muhammad Shafee, Foo berkata, beliau menyoal siasat Najib pada 3 Oktober 2018, iaitu kira-kira dua minggu selepas Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan 1MDB.

Disoal lanjut oleh peguam itu, saksi pendakwaan ke-48 itu menafikan pihak atasannya telah mengarahkan beliau untuk menanyakan Najib mengenai transaksi dalam akaunnya selepas ahli politik itu ditahan.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda diarahkan oleh seseorang di atas anda...dia tidak semestinya dari pasukan polis. Ini semata-mata dan kononnya hanya untuk memenuhi keperluan undang-undang. 

Foo: Ini adalah sebahagian daripada siasatan untuk fasa Tanore jadi, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk bertanya soalan-soalan ini, sebagai pegawai penyiasat.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda rasa terpaksa bertanya kerana anda sedar tidak menyoalnya mengenai perkara pertuduhan itu melampaui prinsip perbicaraan yang adil.

Foo: Tidak.

Sementara itu, pada prosiding sebelah petang, Muhammad Shafee berhujah Najib tidak mempunyai pengetahuan mengenai Tanore Finance Corporation milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Foo bersetuju dengan soalan peguam bahawa Najib sendiri telah memberitahunya semasa siasatan bahawa beliau tidak tahu siapa yang memiliki akaun Tanore dan beliau hanya berkata, ia mungkin dikaitkan dengan kerabat diraja Arab Saudi.

Muhammad Shafee: Soalan saya ialah untuk menjadi pesalah AMLA, anda harus patahkan dakwaan Datuk Seri Najib tentang kekurangan pengetahuan. Anda perlu sangsi dengan dakwaannya, yang dia menyangka Tanore dikaitkan dengan Arab Saudi.

Foo: Kami mendapati akaun itu dimiliki oleh Tan dan bukan orang Arab Saudi. Saya tahu selepas memperoleh dokumen tidak rasmi.

Foo juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau hanya mengetahui fakta bahawa Tanore dimiliki oleh Tan dan bukan warga Arab Saudi melalui kerjasama dengan pihak berkuasa Singapura. 

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 23 jam yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran