web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Cedera Rempuh 'Pak Belang'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 1:55PM

Muhammad Zulhilmi Mokhtar mengalami kecederaan di bahagian atas kening sebelah kanan dan di bahagian kaki kiri. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang pemuda mengalami kecederaan di muka dan kaki selepas dipercayai merempuh seekor harimau belang ketika menunggang motosikal di Jalan Gua Musang Jeli, di sini malam tadi.

Pemilik kebun Muhammad Zulhilmi Mokhtar, 26, berkata detik cemas tersebut berlaku kira-kira 9.30 malam apabila haiwan tersebut secara tiba-tiba keluar dan kawasan semak di bahagian kanan jalan dan merempuh bahagian tayar hadapan motosikal yang ditungganginya.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan ke Sungai Terah untuk bermain badminton melalui jalan berbukit yang gelap tanpa lampu di kiri dan kanan jalan.

"Saya sempat melihat kelibat harimau belang sebelum kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu.

"Selepas terjatuh dan motosikal, saya bangun dan berlari sejauh 100 meter untuk mendapatkan pertolongan daripada pengguna jalan raya lain dengan menyalakan lampu telefon bimbit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Lembaga, di sini hari ini.

Muhammad Zulhilmi berkata dia mengalami kecederaan di bahagian atas kening sebelah kanan dan di bahagian kaki kiri.

Katanya, beliau dibawa seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang.

"Saya tidak pasti adakah harimau itu sememangnya bertindak untuk menyerang saya atau sekadar ingin melintas jalan kerana lokasi itu berada berdekatan kawasan hutan," katanya

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima makluman tentang kejadian tersebut.

"Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan masih menyiasat kejadian yang berlaku.

"Kesan bulu yang ada pada motosikal mangsa sudah di hantar ke makmal untuk pengesahan adalah haiwan terbabit adalah harimau belang seperti yang didakwa," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad