web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lembaga Pengarah 1MDB Terbabit ‘Sandiwara’ Dana Di Luar Negara Milik UMNO

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 4:49PM

Mohd Hazem Abd Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli lembaga pengarah syarikat itu terlibat sama dalam ‘sandiwara’ untuk tidak memasukkan dalam laporan rasmi bahawa dana 1MDB di luar negara adalah milik UMNO.

Mohd Hazem Abd Rahman, saksi ke-10 pendakwaan, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Ketika ditanya sebab beliau tidak memasukkan dalam rekod semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 27 Februari 2014 bahawa dana yang ada di luar negara itu milik UMNO,  Mohd Hazem, 49, berkata “itu merupakan rancangan jahat dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam rekod”.

Wan Aizuddin: Kamu mendakwa konspirasi ini disertai oleh semua ahli lembaga pengarah?

Mohd Hazem: Ya

Wan Aizuddin: Kamu katakan bahawa apa yang dilaporkan dalam minit mesyuarat itu hanya sekadar lakonan?

Mohd Hazem: Mereka tahu apa yang menjadi taruhan.

Wan Aizuddin: Jadi, apa yang kamu katakan ialah apa juga yang dicatat dalam minit mesyuarat lembaga pengarah (untuk membawa pulang dana dari luar negara) itu hanya sekadar cakap. Adakah kamu kata semua itu satu sandiwara besar?

Mohd Hazem: Ya

Saksi  itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tidak ada satu sen pun wang yang dibawa balik dari luar negara tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank UMNO.

Mohd Hazem juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak pernah mendengar daripada mulut Najib bahawa dana itu kepunyaan UMNO, namun hanya berasaskan pada kenyataan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias.

Beliau berkata berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, pemegang taruh syarikat (Najib) sememangnya berhasrat untuk membawa balik wang di luar negara itu ke Malaysia.

Pada 6 Januari lepas, Mohd Hazem memberi keterangan bahawa 1MDB ditubuhkan bagi faedah UMNO dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Jho Low.

Najib, 67, yang menjalani pembedahan mata minggu lepas, dilihat duduk di dalam kandang tertuduh dengan berkaca mata hitam.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar