web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomoh Didakwa Cabul, Rogol Remaja Perempuan 15 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:16PM

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Seorang pengamal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual dan rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara November tahun lepas sehingga Julai tahun ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Zemi Rahim, 50, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berkenaan yang ketika itu berusia 14 tahun, dalam sebuah bilik air di sebuah rumah di Kampung Tengah Paya Redan, Pagoh, dekat sini, November tahun lepas.

Bagi pertuduhan tersebut, lelaki itu yang juga jurulatih Muay Thai didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat pula, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga pesakitnya, di alamat sama pada November tahun lepas, April 2023 serta Julai tahun in, didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Daniel Munir sebelum itu memohon mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu jenayah berat dan serius, serta melakukan perbuatan keji itu berulang kali mengakibatkan mangsa kini hamil empat bulan.

Bagaimanapun katanya sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jumlah jaminan RM7,500 bagi setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak berkomunikasi dengan mangsa.

Hakim Irwan Suaibon bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam selain menetapkan 12 Dis sebagai sebutan kes dan penyerahan laporan penuh perubatan dan laporan kimia

Tertuduh sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas empat pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, pada Oktober lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar