web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Ramai Suri Rumah Belum Daftar SKSSR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 4:32PM

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Masih ramai wanita yang tidak mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meskipun ia memberi pelbagai manfaat termasuk perlindungan apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata seramai 197,000 orang sudah mendaftar setakat Oktober, namun daripada jumlah itu 166,000 didaftarkan berdasarkan pangkalan data e-Kasih.

"Bakinya mendaftar secara sukarela. Pada tahun ini kerajaan beri peruntukan RM20 juta dan dalam Belanjawan 2024 kerajaan mengumumkan peruntukan SKSSR berjumlah RM50 juta.

"Melalui tajaan kerajaan ini kita boleh memberi liputan dalam lingkungan 400,000 pencarum baharu," katanya kepada pemberita selepas hadir Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata SKSSR tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan sahaja.

'Tak boleh bergantung kepada tajaan kerajaan sahaja, sesiapa sahaja boleh bayar kepada surirumah seperti suami dan anak-anak, malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh buat program bersama Perkeso untuk promosikan SKSSR serta dapatkan tajaan untuk skim ini," katanya.

SKSSR diperkenalkan bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumahtangga.

Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara 'in advance' bagi menerima perlindungan sewajarnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad