web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Godam Papan Menu Elektronik Lengkap - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 5:05PM

Dua suspek kes godam papan menu elektronik dicadangkan untuk didakwa. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes dua individu yang ditahan kerana disyaki menggodam papan menu elektronik di beberapa restoran makanan segera di Kuala Langat, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi, dan kedua-dua individu itu dicadangkan untuk dituduh.

"Dua lelaki yang direman empat hari bermula Khamis lepas berhubung kes ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media berhubung pelupusan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Selasa lepas, seorang pengurus sebuah restoran makanan segera membuat laporan polis memaklumkan papan menu makanannya digodam, apabila dengan tiba-tiba gambar yang dipaparkan berubah kepada gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan "Proud Sponsors of Israeli Terorrism'.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan menahan dua lelaki berumur 26 tahun di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Sementara itu Hussein berkata polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan banjir bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah berlaku apabila penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai tidak perlu risau untuk berpindah sekiranya diarah berbuat demikian, dan polis memberi jaminan akan meningkatkan rondaan di tempat dinaiki air bagi mengelakkan kejadian jenayah seperti pecah rumah.

Setakat pagi ini jumlah mangsa banjir di Selangor ialah 673 orang daripada 170 keluarga berbanding 547 orang daripada 144 keluarga malam tadi, melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kajang dan Subang Jaya.

Sementara itu Hussein berkata 1,991.26 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk methamphetamine, heroin, ketamin, pil ekstasi serta 4,603 liter cecair dadah dengan nilai keseluruhan RM42.26 juta telah dilupuskan hari ini.

Beliau berkata barang-barang ini dirampas dalam kes-kes yang melibatkan 9,142 kertas siasatan dari tahun 2016 hingga 2023.

Sementara itu beliau berkata 18,911 orang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dan polis merampas dadah bernilai RM306.31 juta dalam tempoh berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad