web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Sekat Sebar Agama Lain Kepada Orang Islam Sedang Diusahakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 4:50PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika berucap pada Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023 di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar Berkata usaha ke arah penggubalan RUU itu sedang giat dijalankan dan beliau menegaskan pihaknya langsung tidak mempunyai niat untuk memberhentikannya seperti yang dimomokkan sesetengah pihak.

"Kalau kerajaan sebelum ini berusaha (menggubal akta ini), kita pun berusaha… kita akan teruskan akta kawalan agama bukan Islam kepada orang Islam, bagi menjamin akidah Orang Islam dengan adanya kawalan berkenaan. Ketika ini prosesnya masih di peringkat kajian Jabatan Peguam Negara.

"Apabila ia sudah diluluskan (Jabatan Peguam Negara) saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan bawa RUU ini untuk mendapat persetujuan kabinet," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023 di sini hari ini..

Sebelum ini Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen meminta kerajaan supaya menyegerakan pembentangan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang pernah dicadangkan PAS sebelum ini.

Zulkifli berkata undang-undang syariah peringkat Persekutuan diperlukan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberi kuasa menyiasat aduan berhubung dakwaan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Sementara itu Mohd Na'im berkata pihaknya tidak menerima sebarang tekanan oleh mana-mana pihak dalam memartabatkan lagi syiar Islam di negara ini.

Beliau berkata semua pihak dalam kerajaan MADANI menghormati dan mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang tertakluk dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar