web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tren LRT Terlibat Kemalangan Dibawa Keluar - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 11:37AM

Tren bernombor 240 yang bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC Isnin lalu dibawa ke Kompleks Rapid Rail Subang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat kemalangan berjaya dibawa keluar pagi tadi, lebih awal dari tempoh tiga hari seperti  dijanjikan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ka Siong berkata proses mengeluarkan kedua-dua tren tersebut dapat dilakukan lebih awal selepas kakitangan bekerja tiga syif tanpa henti.

“(tren) TR40 telah selamat sampai ke depoh Subang pada 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada 4.51 pagi.

Tren 240 selamat tiba ke Kompleks Rapid Rail Subang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Tren 240 selamat tiba ke Kompleks Rapid Rail Subang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan trak dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“...akan tetapi, team recovery terpaksa ‘power down’ (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh kawasan yang terlibat iaitu dari stesen Dang Wangi ke stesen Damai yang mana ia melibatkan lima buah stesen LRT,” katanya, menambah lima stesen yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi.

Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membuat pemeriksaan bagi mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan terbabit sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan kawasan itu selesai.

“Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan ‘power down’ dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, maka terdapat  ‘bottleneck’ kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (tujuh buah stesen LRT) dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui laluan berkenaan adalah 16 minit.

“... akan tetapi, kaedah  ‘platoon’ akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan ‘bottleneck’,” menurut catatan itu.

Seorang pekerja berada didalam tren 240. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Seorang pekerja berada didalam tren 240. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Selain itu, Ka Siong berkata 58 tren LRT untuk laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang beliau umumkan semalam selepas melawat Pusat Kawalan Operasi (OCC).

Beliau turut memberi jaminan Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini agar perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Ka Siong berkata setelah landasan dibaiki, tiada lagi kesan ‘bottleneck’ dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti disyaratkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sehingga 7 Jun tanpa mengurangkan frekuensinya.

Dalam kejadian 8.45 malam Isnin lepas, sebanyak 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad