Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Guna Prinsip Hak Untuk Kembali, Usaha Selamatkan Mangsa Pemerdagangan Manusia Sentiasa Berjalan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 8:37PM

aifuddin Nasution Ismail menyampaikan Sijil Amalan Penguatkuasa kepada Winnie Anak John dari Puspen Kuching pada Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Tahun 2023 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kesemua mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang didapati terperangkap di luar negara berdasarkan prinsip the right to return atau hak untuk kembali.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui prinsip itu kerajaan akan melakukan pelbagai kaedah demi menyelamatan rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan di luar negara setelah mendapat laporan rasmi mengenainya.

Beliau berkata kerajaan akan menggunakan hubungan diplomatik atau agensi ke agensi dan perkongsian maklumat perisikan dalam usaha mengesan sekali gus menyelamatkan mangsa.

"Sejak empat, lima tahun kebelakangan ini angka (mangsa pemerdangan manusia) meningkat... dari segi pasukan polis sendiri, apapun langkah menyelamat yang kita buat ada prinsip jelas.

"Pertama, kerajaan akan mengutamakan the right to return kepada rakyat Malaysia tak kira apapun, asal kita ketahui mereka ada di luar (negara) dan dalam kesusahan, kerajaan akan buat apa sahaja untuk bawa mereka balik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Program Pensijilan Agensi Antidadah Kebangsaan Kedua di sini hari ini.

Saifuddin Nasution mengulas laporan akhbar hari ini mengenai hampir 2,000 rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap dan tidak mampu menyelamatkan diri di beberapa negara jiran sejak setahun lepas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya menerima aduan daripada ratusan keluarga meminta bantuan membawa ahli keluarga mereka pulang dan difahamkan di Myanmar sahaja lebih 1,200 mangsa menjadi buruh paksa yang melakukan pelbagai pekerjaan.

Mengenai bilangan mangsa, Saifuddin Nasution berkata pihaknya hanya merujuk kepada jumlah rasmi kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kementerian berkaitan akan membuat pengesanan serta operasi menyelamat sebaik sahaja menerima aduan.

"Sama ada angka itu selari atau sama dengan polis kumpul, melalui aduan keluarga...NGO (badan bukan kerajaan) mungkin ada saluran lain. Penting untuk laporkan angka yang tepat. Biarlah kerajaan bertindak atas angka rasmi kerana melaluinya saja boleh melancarkan bantuan melalui kerjasama dengan pihak negara berkenaan," katanya.

Saifuddin Nasution berkata kerjasama daripada ahli keluarga juga sangat penting kerana pihak berkuasa memerlukan pelbagai maklumat untuk tujuan pemprofilan selepas mangsa diselamatkan.

Menurut beliau, antara maklumat diperoleh setakat ini ada sebahagian mangsa yang benar-benar naif dan mempercayai sindiket pemerdagangan manusia itu.

"Sebahagian lagi tahu dari mula scam (penipuan) tapi pergi juga. Ada yang tiada kena-mengena dengan scam...mereka berjudi di luar, kalah pinjam along dan tak boleh balik dan maklumkan menjadi mangsa," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Sirul Azhar Belum Buat Permohonan Semakan Sabitan Hukuman - Saifuddin

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Perdana Menteri Tidak Hilang Kerusi - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Politik 1 hari yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar