web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Bincang Dengan Agensi, Kementerian Berkaitan Kawal Selia TikTok Shop

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 4:00PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bercakap pada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali kepada masyarakat India sekitar Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat asas mengenai demografi dan barangan yang dijual menerusi platform itu, selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok pada Khamis lalu.

"Saya ada minta beberapa perbincangan susulan sebab maklumat perlu lebih terperinci dan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain kerana dari segi bidang kuasa KKD dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) lebih kepada kawal selia penggunaan rangkaian.

"... tetapi ada beberapa perkara lain di bawah bidang kuasa seperti contoh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kita akan adakan perbincangan sebelum kita rumuskan tindakan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Lembah Pantai hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Menurut Fahmi beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk yang dijual menerusi platform TikTok Shop.

Pada majlis di Lembah Pantai hari ini, Fahmi berkata, MCMC juga telah mengadakan perbincangan dengan pengendali TikTok selepas menerima aduan pihak tertentu yang dihalang membuat TikTok Live dalam aplikasi berkenaan khususnya bagi membincangkan isu Palestin.

"...tetapi apabila dibagi jawapan oleh TikTok, bagi saya jawapannya sangat memalukan (kerana) kalau itulah jawapannya, ia tidak memberi gambaran yang baik.  MCMC juga maklumkan beberapa perkara yang sedikit membimbangkan dari segi kawal selia, jadi saya telah meminta satu pertemuan akhir diadakan dengan pihak TikTok sebelum kita putuskan beberapa perkara," katanya.

Fahmi berkata, walaupun mendapat kerjasama daripada TikTok, sehingga hari ini belum ada wakil daripada pihak tersebut di Malaysia.

"Sekarang kita terpaksa menunggu sehingga pegawai-pegawai datang dari Singapura, Filipina dan sebagainya. Ini tidak kondusif kerana ia melewatkan dan seperti saya sebut sebelum ini kerajaan khususnya KKD dan MCMC sedang meneliti langkah untuk tingkatkan kawal selia," katanya.

Mengenai majlis hari ini, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sumbangan Deepavali itu ditingkatkan dan diagihkan kepada 1,000 keluarga berbanding 700 sebelum ini atas sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk di kawasan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad