web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahap Pematuhan Terhadap Peraturan, Akta JPJ Masih Rendah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 10:24AM

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan pada sidang media selepas Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra di sini malam tadi. gambar FB JPJ Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Kesedaran dan pematuhan pemandu terhadap peraturan dan akta-akta terutamanya membabitkan kenderaan komersial masih berada pada tahap yang rendah, kata Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan.

Beliau berkata akta berkenaan termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

"JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan komersial termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

"Oleh itu, JPJ menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, termasuk meningkatkan tahap kawal selia keselamatan operasi kenderaan komersial bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra di sini malam tadi, yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sementara itu, Lokman berkata, melalui Op Patuh Khas 2023 sepanjang bulan ini, pihaknya telah memeriksa 321,263 kenderaan termasuk kenderaan komersial.

"Hasil pemeriksaan dan pengauditan dalam tempoh 1 hingga 30 Oktober, sebanyak 73,296 notis dikeluarkan kepada pihak syarikat, pemilik dan pemandu atas pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, daripada 73,296 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan, 4,515 adalah kesalahan lebih muatan, kesalahan teknikal (19,905), tiada lesen memandu yang sah (11,813), tiada lesen vokasional (6,085), LKM tamat tempoh (9,947), tiada insurans (6,626) dan kesalahan utama lalu lintas (5,762). 

“Tiada lesen yang sah ini adalah kesalahan yang sangat serius kerana kebolehan mereka (pemandu) diragukan untuk berada di jalan raya … tiada lesen vokasional pula tidak layak pandu kenderaan komersial.

"JPJ juga telah menyita sebanyak 705 kenderaan, 16 daripadanya melibatkan kesalahan lebih muatan yang ekstrem," katanya dan menambah penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran