web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 312 Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:12AM

Mangsa banjir di Perak ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam tadi, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

“Di Kerian, 86 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, manakala 56 orang daripada 18 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.

"Sebanyak 170 orang daripada 50 keluarga di Hilir Perak pula berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.18 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.

Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama berada pada paras berjaga-jaga, dengan masing-masing merekodkan bacaan 13.69 meter dan 11.21 meter. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran