web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tangani Ketirisan Wang Awam, Perkukuh Hak Mahkamah Syariah Dibincang Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:17AM

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan wang awam dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 dan 2021 serta pengukuhan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah antara isu akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan mengenai isu ketirisan wang dan teguran dalam LKAN itu akan diajukan Wong Kah Woh (PH-Taiping) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) pula meminta Perdana Menteri menyatakan usaha mengukuhkan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah seperti termaktub dalam Perlembagaan serta memperluas fungsinya untuk mengangkat martabat undang-undang syariah di negara ini. 

Selain itu, Hassan Saad (PN-Baling) bertanyakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai usaha kerajaan dalam mengawal harga barang seperti gula, beras dan barang-barang asas lain yang kini banyak membebankan rakyat.

Sementara itu, V. Ganabatirau (PH-Klang) turut mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mengenai dasar yang baharu supaya penglibatan lebih menyeluruh Ahli Parlimen dalam penyeragaman dasar tempatan kawasan masing-masing.

Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula bertanyakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai usaha kementerian untuk memperluas penggunaan perkhidmatan Internet melalui Starlink dengan melancarkan satelit milik negara.

Usai sesi itu, tumpuan akan terarah kepada sesi penggulungan bagi peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 oleh setiap kementerian.

Penggulungan oleh kementerian itu dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan seterusnya diikuti perbahasan rang undang-undang tersebut bagi peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran