web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: 6 November Keputusan Permohonan Pendakwaan Pinda 3 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 2:51PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 6 November untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam utama bekas perdana menteri itu memaklumkan pihak pembelaan memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan penghujahan berhubung permohonan pindaan pihak pendakwaan.

"Yang Arif, kami memerlukan lebih masa untuk mengumpulkan matriks fakta kes berhubung tiga pertuduhan yang ingin dipinda oleh pendakwa raya.

"Kami mendapati, selain bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu dan Pengurus Cawangan Ambank, R Uma Devi, terdapat beberapa lagi saksi yang perlu kami semak semula untuk melengkapkan matriks fakta,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar berhujah pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap perkara berkenaan dan menambah bahawa pihak pendakwaan juga memerlukan masa untuk menyediakan hujahan lanjut mereka.

“Yang Arif, saksi pendakwaan yang bersedia hari ini Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, ACP Foo Wei Min. Tetapi beliau masih menjalani cuti sakit kerana sakit gout,” kata pendakwa raya.

Hakim kemudian melapangkan prosiding hari ini kepada 6 November dan berkata, keputusan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan itu akan diputuskan pada tarikh berkenaan.

"Pada tarikh itu, saya akan menyampaikan keputusan saya bagi kedua-dua pindaan kepada tiga pertuduhan dan kebolehterimaan dokumentasi, kemudian kita boleh meneruskan dengan ACP Foo,” kata hakim itu.

Kebolehterimaan isu dokumentasi merujuk kepada bantahan pasukan pembelaan terhadap hasrat pihak pendakwaan untuk mengakui beberapa dokumen bank yang dikaitkan dengan keterangan Foo.

Selasa lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka mahu meminda satu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa Najib dan dua daripada 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya, berikutan keterangan dua saksi baru-baru ini iaitu Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan dan Foo.

Beliau berkata, bagi pertuduhan salah guna kuasa, pihak pendakwaan mahu meminda jumlah daripada RM49.9 juta kepada RM44.6 juta, manakala bagi pertuduhan pengubahan wang haram, pihak pendakwaan mahu meminda pertuduhan ke-10 yang Najib dituduh melakukan kesalahan dengan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram, dengan mengurangkan jumlah terlibat daripada RM652.6 juta kepada RM515.7 juta.

Selain itu, pihak pendakwaan juga mahu meminda pertuduhan ke-21 melibatkan pemindahan dana dengan mengurangkan jumlah RM12.4 juta kepada RM11.4 juta.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah oleh pihak pembelaan.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran