web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Terus Perjuang Isu Palestin, 'Jangan Hirau Soal Ugutan' - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 3:00PM

Perdana Menteri (tengah) merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Malaysia akan terus memperjuangkan kebebasan Palestin tanpa menghiraukan sebarang ugutan dari negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika mengulas pendedahan beliau berhubung ugutan itu, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin berkata perjuangan Malaysia ke arah tujuan berkenaan merupakan suatu tanggungjawab dan akan diteruskan.

“Ada Ahli Parlimen Eropah yang usulkan perkara ini terhadap Malaysia. 

“Tidak jadi masalah, jadi kita jangan hirau soal ini. Kita ada urusan kerja. Insya-Allah kita akan teruskan kerja kita,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di sini hari ini.

Anwar membuat pendedahan itu ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam, selain menegaskan selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Perdana Menteri (tengah) ketika tiba di majlis pelancaran Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya - gambar BERNAMA
Perdana Menteri (tengah) ketika tiba di majlis pelancaran Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya - gambar BERNAMA

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

Ketika ditanya kesan daripada pendirian berkenaan terhadap keselamatan negara, Anwar berkata beliau tidak bimbang soal itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Soal keselamatan, Ketua Polis Negara ada. Mereka akan uruskan, jadi saya tidak bimbang,” katanya.

Razarudin hari ini dilaporkan berkata Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap Anwar dan tidak akan berkompromi terhadap perkara itu kerana ia menjadi keutamaan pasukan keselamatan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 20 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad