web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Pengajar USIM Akan Dibina Di Sedili, Siap Dalam 5 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 3:06PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan dibina di Sedili, Kota Tinggi, dengan jangkaan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses bagi kerja-kerja reka bentuk hospital berkenaan akan bermula tahun depan.

“Hospital ini dijangka siap dalam tempoh lima tahun dengan melibatkan dua fasa pembinaan.

“Bagaimanapun, jangkaan bila ia akan dibina hanya akan diketahui setelah kerja-kerja bagi reka bentuk dimulakan pada tahun depan,” katanya ketika mengulas mengenai pembinaan hospital itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Libat Urus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bersama Media Zon Selatan di sini, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Mohamed Khaled berkata pembinaan hospital dengan kos bagi fasa satu sebanyak RM938 juta itu, sekali gus melengkapkan ekosistem pengajian perubatan di semua universiti awam negara, dengan kesemua fakulti perubatan sudah mempunyai hospital pengajar sendiri.

Menurutnya, pembinaan itu turut memberi ruang kepada pelajar fakulti perubatan, khususnya USIM mendapat latihan lebih baik, sistematik dan mempunyai lebih banyak peluang untuk melanjutkan pengajian sebagai doktor pakar.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika berucap berkata, pengamal media perlu terus berperanan menjadi instrumen yang mengajak masyarakat berfikir dan berusaha menjadi lebih baik.

“Bukannya (mengajak masyarakat) menjadi orang yang emosional, rasis, taasub atau suka mengadu domba. Kita mesti bersama-sama mengasuh masyarakat untuk meninggalkan perkara sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, KPT dan pengamal media juga harus sentiasa bekerjasama dan mengelakkan daripada bersifat politikal, sekali gus menggunakan kuasa, pengaruh serta ruang yang dimiliki untuk dimanfaatkan masyarakat.

“Bagi saya, perkara paling menakutkan apabila kementerian ini dan semua pengamal media gagal mengajak serta mengasuh masyarakat kita untuk berfikir dan bertindak dengan baik.

“Jadi, kita mesti terus bekerjasama dengan strategik, profesional dan saling menyokong,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kota Tinggi, Johor Mula Dilanda Bah

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tapir Cedera, Sesat Di Kampung Temenin

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hati-Hati, Abang Besar Masuk Kampung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad