web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurikulum 2027: KPM Adakan Jerayawara Bermula Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 3:02PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kepujian Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada Ling Siew Ee semasa Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan baharu 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, antara elemen baharu yang akan diteliti termasuk pendidikan karakter, fleksibiliti dan aspek pendigitalan.

"Sebagaimana disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (13 Oktober lalu), (beliau) menyebut mengenai jerayawara yang berkait rapat dengan pendidikan masa depan.

"Jadi selepas ini anjakan yang kita akan lakukan adalah melakukan jerayawara ini di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat segmen komuniti yang juga pihak berkepentingan dalam pendidikan untuk menjayakan yang kita sebut agenda pendidikan masa depan," katanya kepada media selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM di sini, hari ini.

Beliau berkata, KPM mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak berkaitan pembangunan kurikulum baharu pendidikan negara.

"Kita nak input dan pembabitan daripada semua peringkat masyarakat untuk memperkukuh sistem pendidikan negara," katanya.

Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan pelan pendidikan baharu yang mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.

Beliau berkata, pelan pembangunan pendidikan baharu itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan, dalam dan luar negara.

Sementara itu, semasa berucap di hadapan lebih 700 graduan, Fadhlina berkata, guru perlu menjadikan kod etika keguruan seperti dalam Standard Guru Malaysia 2.0 sebagai rujukan bagi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seorang guru.

"Oleh itu, hayati dan praktikkanlah semua prinsip etika profesion keguruan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru demi menjaga kemuliaan dan memartabatkan profesion keguruan. Guru perlu sentiasa menjadi contoh yang baik kepada semua," katanya.

Istiadat Konvokesyen IPG KPM ke-13 diadakan selama empat hari bermula hari ini melibatkan 5,725 graduan yang menamatkan pengajian serta latihan perguruan di 27 IPG Kampus dan English Language Teaching Centre. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar