web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelepasan Air Empangan Selangor Dilakukan Secara Berperingkat, Elak Limpahan Ketika Monsun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 5:23PM

Empangan Semenyih. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil langkah mengurangkan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air berkenaan secara berperingkat sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, strategi mengurangkan kapasiti simpanan air empangan itu sudah dimulakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sejak pertengahan Ogos lalu dan setakat ini, inisiatif tersebut memberi impak yang positif.

"Pelepasan air empangan bagi ketujuh-tujuh empangan yang dikawal selia oleh LUAS adalah bagi tujuan pengurangan kapasiti simpanan air empangan ke tahap 90 peratus kecuali bagi Empangan Klang Gates ke tahap 85 peratus.

"Tindakan ini adalah inisiatif LUAS untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi kesemua empangan untuk kesiapsiagaan sekiranya menerima kadar intensiti hujan yang tinggi dan bagi mengelakkan limpahan air empangan yang berpotensi menyebabkan banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod sistem pemantauan kapasiti semasa empangan negeri iaitu Integrated Water Resources Management System (IWRIMS), LUAS, mendapati berlaku peningkatan kapasiti simpanan air Empangan Klang Gates berikutan hujan lebat pada 18 Oktober lepas, namun tiada limpahan berlaku susulan ruang yang masih cukup.

Izham berkata, sebarang pelepasan air empangan dilaksanakan dan dikawal rapi oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan mengambil kira trend paras air sungai semasa dan ramalan cuaca dalam tempoh tujuh hari kehadapan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Sehubungan itu, tiada pelepasan akan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan trend meningkat serta hujan yang lebat di kawasan hilir," katanya.

Terdapat tujuh empangan di Selangor iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi di daerah Hulu Selangor, Empangan Tasik Subang di daerah Petaling, Empangan Sungai Langat dan Empangan Semenyih di daerah Hulu Langat yang berfungsi sebagai takungan sumber bekalan air mentah yang dioperasikan Air Selangor.

Sementara Empangan Klang Gates dan Empangan Batu di daerah Gombak adalah empangan dwifungsi bagi tujuan tebatan banjir dan bekalan air mentah yang dioperasikan pihak JPS bersama Air Selangor.

Orang awam boleh merujuk maklumat status empangan Negeri Selangor secara harian di laman sesawang IWRIMS, LUAS di https://iwrims.luas.gov.my.

Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang JPS berkaitan banjir di https://publicinfobanjir.water.gov.my dan mengenai ramalan hujan di Jabatan Meterologi Malaysia https://www.met.gov.my/?lang=en. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Sistem Amaran Awal Banjir Panduan Pindah Penduduk Lebih Awal 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MetMalaysia Ramal Beberapa Episod Hujan Lebat, Gesa Orang Ramai Berwaspada

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Monsun Timur Laut Dijangka Berakhir Hujung Mac - METMalaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Luruan Monsun Timur Laut Dijangka Berterusan Sehingga Sabtu Depan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad